Sunday, July 10, 2011

Negara Islam disaran guna dinar emas

 

ALOR SETAR 9 Julai - Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.

Beliau berkata, mata wang negara-negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.
"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.
Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu.
Sementara itu, Panel Syariah Amsyiq Gold Enterprise, yang mengeluarkan dinar untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Othman Hamzah, berkata pelancaran Dinar Darul Aman bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat membuat simpanan untuk masa hadapan.
"Jual beli dinar mempunyai susut nilai yang kecil iaitu sebanyak lima peratus berbanding 30 peratus bagi emas perhiasan yang terdapat di kedai emas.
"Malah keuntungan bagi simpanan dinar selama setahun boleh mencecah 37 hingga 50 peratus," katanya. - BERNAMA

Monday, February 7, 2011

DINAR DARUL AMAN TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK 31JAN2011








                           DINAR DARUL AMAN - telah berada di pasaran sejak 31-Jan-2011

                           Hubungi : 019-4512345 Marzuki      012-3034994 Ibnusar
                                       
                                          Ketulenan : 22 karat @ 916
                                          Berat = 4.25g
                                          Saiz = 21mm diam.